Isnin, 3 Februari 2020

Thorbaek dari ladang...

Melaka United mula bangkit
7 MEI 2017


Pemain JDT Fazly Mazlan terjatuh selepas diasak oleh pemain Melaka Ahmad Khuzaimi pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi. - Foto Bernama



SETELAH dibelenggu kemerosotan awal saingan  Liga Super, barisan pemain Melaka United (MU) seolah-olah  mendapat suntikan semangat baharu memperbaiki mutu persembahan pada perlawanan pertama, pusingan kedua liga Super.
Biarpun hanya berjaya mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Hang Jebat malam tadi namun keputusan itu dilihat sebagai satu petanda positif buat jurulatih dan penyokong pasukan.
Jurulatih pasukan MU, Eric Williams  berkata beliau gembira dengan mutu persembahan yang dipamerkan oleh anak didiknya dan menyifatkan sebagai satu petanda baik apabila pemain mula menunjukan kesefahaman dalam pasukan.
"Biarpun kita hanya catat keputusan seri namun ia sesuatu yang baik kerana JDT bukanya calang-calang pasukan dan mereka mempunyai barisan pemain terbaik di negara ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.
Selepas 12 perlawanan, MU hanya menang dua perlawanan dan seri lima untuk menghuni tangga kesembilan liga dengan 11 mata manakala JDT menungguli persada liga dengan 27 mata. - Bernama

Ahad, 2 Februari 2020

Bola Shebby: 'MU' sudah silap langkah

Serbegeth Singh

PENYOKONG Melaka luah rasa kecewa dengan menampal kertas berserta lukisan 'mad emoticon' pada kerusi penonton sebagai tanda protes dengan aksi buruk pasukan,

Setiap kali memikirkan topik untuk hujung minggu maka di minda saya pasti terlintas bahawa isu ini sudah pernah dipaparkan. Tetapi, inilah senario, keadaan serta situasi bola sepak Malaysia. Seakan ulang tayang tetapi dengan karektor berlainan.

Sudah ada pasukan yang berbangga dengan panggilan ‘MU’ tetapi prestasi mereka cukup buruk berbanding cita-cita. Sebuah pasukan yang mengimpikan sesuatu yang besar tetapi mengambil langkah untuk memusnahkan struktur yang sudah dibina sejak beraksi di Liga FAM. Selepas berjaya layak ke Liga Super, mereka membuat ‘pembaharuan’ dengan merombak pemain serta jurulatih.

Dengan pemain serta jurulatih baru maka segala-galanya kelihatan seolah-olah baik tetapi sejak kebelakangan ini, pasukan berkenaan ‘sesat di hujung jalan’. Kini barulah pentadbiran pasukan sedar bahawa mereka sudah melakukan kesilapan demi kesilapan.

Mengikut laporan media, pemain diberi surat amaran supaya meningkatkan prestasi di atas padang. Prestasi bukannya macam suis lampu, sekali petik terus menyinar. Kalau pemain tidak menunjukkan prestasi tinggi maka ia hanya membabitkan dua masalah.

Yang pertama, pemain tak bagus. ‘MU’ membuat rombakan besar tanpa mengambil kira konsep permainan yang ditetapkan. MU seperti kebanyakan pasukan di Malaysia, tiada konsep permainan yang kekal
Yang kedua pula, jurulatih tak bagus. Jurulatih yang menggantikan Mat Zan Mat Aris adalah dari kelompok jurulatih ‘purba’.

Untuk menjelaskan secara lanjut perkataan purba, ia bermaksud jurulatih yang tidak mempunyai evolusi serta revolusi bola sepak. Jurulatih yang bagus akan berjaya meningkatkan prestasi individu seperti mana dilakukan bekas jurulatih Johor DT Mario Gomez.

Mengikut laporan juga, MU sedang berbincang untuk mengambil pemain dari pasukan JDT II. Adakah ‘MU’ akan mengambil pemain yang bakal mewakili pasukan Johor DT atau kumpulan pemain yang gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia 2017?

Bukankah lebih elok mencari jurulatih yang handal? Seorang jurulatih yang berpengetahuan?

Atau, adakah ‘MU’ sedang diracuni ejen bola sepak dari Australia?

Sementara itu, FMLLP menggalakkan supaya pemain asing dibenarkan berpindah semasa jendela perpindahan. Pihak FMLLP menggalakkan supaya pemain asing yang tidak berkualiti di kitar semula untuk mengelak masalah pentadbiran.

Bukankah lebih elok sekiranya FMLLP memikirkan strategi untuk menentukan hanya pemain asing yang mampu membawa perubahan saja diberikan lesen beraksi di Malaysia?

Sekiranya FMLLP dan FAM benar-benar prihatin, kurangkan pemain asing daripada empat kepada dua bagi setiap pasukan. Dengan berubah strategi maka pasukan di Liga Malaysia boleh menjimatkan wang atau mendapat pemain asing yang lebih berkaliber. Dua pemain asing berkualiti tinggi lebih baik daripada empat pemain yang sederhana.

Dari semasa ke semasa kita harus mengkaji semula syarat yang ditetapkan untuk mendapat manfaat sepenuhnya. Mengikut perkembangan semasa, maka fleksibiliti setiap polisi boleh menjadi kekuatan sesebuah persatuan atau kelab.

Adakalanya, bola sepak harus mengambil dua langkah ke belakang supaya boleh mengambil satu langkah ke hadapan tanpa kehilangan kredibiliti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 5:10 AM  di http://www.hmetro.com.my/



Thorbaek dari ladang...

Melaka United mula bangkit 7 MEI 2017 Pemain JDT Fazly Mazlan terjatuh selepas diasak oleh pemain Melaka Ahmad Khuzaimi pada perlawana...